PUSAT
PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN
SIDANG
AKADEMIK 2015 / 2016
TAHUN
2 / SEMESTER 4
HMT 216:
PENULISAN ILMIAH
SKOP:
ULASAN SOSIAL
MEMPERIHALKAN
MENGENAI
KEPENTINGAN
“MYCSD” SERTA BEBERAPA
KEKANGAN
UNTUK MENINGKATKAN
MATA
MYCSD DALAM KALANGAN MAHASISWA/I UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
DISEDIAKAN OLEH:
SYAHRUL NINIE NADHIRAH BT MOHD BAROYI
DISEDIAKAN UNTUK:
DR. ANISWAL ABD GHANI
Program Pembangunan Berterusan Pelajar (MyCSD) adalah satu program yang direka
khusus untuk memberi pengiktirafan kepada penglibatan pelajar melalui program
yang dianjurkan dalam universiti. MyCSD adalah bertujuan untuk memperkukuhkan
lagi transkrip Kokurikulum yang dapat dijadikan kayu ukur dalam Penempatan
Kolej Kediaman / Desasiswa terutama di Universiti Sains Malaysia. Bagi pelajar
yang sangat bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti,
kelab / persatuan, badan beruniform mahupun menghadiri sesi ceramah yang
dianjurkan dalam USM, maka mata MyCSD akan bertambah dan sekali gus memudahkan
pelajar untuk memohon penempatan di dalam desasiswa yang disediakan oleh pihak
universiti.
Tambahan lagi, antara kelebihan MyCSD adalah para pelajar
akan memperoleh pengiktirafan rasmi daripada pihak universiti yang
dikategorikan dalam aktiviti pelajar melalui transkrip MyCSD yang boleh
dicapai melalui capaian Campus Online USM (http://campusonline.usm.my/) secara
sistematik dan juga sangat releven kerana Campus Online adalah laman web rasmi
yang telah diiktiraf oleh pihak USM. Selain daripada itu juga, para pelajar
akan mempunyai transkrip penglibatan rasmi mengenai aktiviti-aktiviti yang
telah disertai untuk menyokong
pembangunan kemahiran insaniah pelajar bertujuan untuk diguna pakai dalam
bidang pekerjaan selepas menamatkan pengajian kelak.
Sewajarnya lagi, MyCSD ini
juga bertujuan untuk membezakan graduan USM dengan graduan daripada institusi
lain iaitu khususnya bertujuan untuk kemudahan dan penilaian majikan yang
mementingkan kebolehan dan bakat graduan-graduan muda masa kini dan boleh
dinilai secara telus melalui rekod rasmi yang telah diiktiraf oleh pihak
universiti sepanjang dalam tempoh pengajian dan pihak USM sendiri telah kategorikan
beberapa aspek MyCSD dinilai iaitu daripada segi Reka Cipta Dan Inovasi,
Khidmat Masyarakat, Debat & Pidato,
Kesukarelawan, Keusahawan, Kepimpinan, Kebudayaan, dan juga Sukan/Rekreasi/Sosialisasi.
Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa kekangan (kesukaran) bagi pelajar untuk meningkatkan mata
MyCSD. Antaranya adalah masa yang terlalu terhad untuk melibatkan diri dalam
aktiviti yang dianjurkan. Pada permulaan semester, pelajar lebih berkelapangan
untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan namun apabila jadual
pembelajaran semakin padat, ditambah dengan tugasan-tugasan yang harus
disiapkan, maka tumpuan pelajar adalah lebih kepada pembelajaran dalam kuliah dan
jika terdapat sebarang cuti, pelajar lebih memilih untuk berehat dan beriadah
dengan rakan-rakan.
Selain daripada
itu, tidak semua program yang menawarkan mata MyCSD secara percuma. Malah
daripada pemerhatian kini, pelajar terpaksa mengeluarkan sejumlah duit yang
banyak untuk mendapatkan MyCSD dengan pembelian tiket atau yuran yang dikenakan
oleh pihak penganjur. Sudah sedia maklum bahawa tidak semua pelajar mempunyai
kewangan yang kukuh, mereka terpaksa berjimat untuk makan, maka wajarlah jika
mereka kurang berminat untuk melibatkan diri dengan sesetengah program yang
mengenakan caj bayaran yang tinggi, malah hampir mencecah RM 15 kini untuk mendapatkan
MyCSD. Lebih mengecewakan bagi pelajar, walaupun bayaran yang dikenakan tinggi, namun ada kalanya,
pelajar hanya mendapat di antara 2 hingga 4 mata MyCSD sahaja, dan ini
sangatlah tidak berbaloi dengan bayaran mahal yang dikenakan.
Seterusnya, sudah
menjadi kebiasaanya, pelajar yang mempunyai mata MyCSD yang kurang daripada 100
mata, sukar untuk dijanjikan penginapan desasiswa dan sekali gus menambahkan
lagi beban pelajar untuk menyewa rumah di luar kawasan USM. Justeru itu, kos sara
hidup akan bertambah iaitu pelajar harus membayar sewa rumah setiap bulan, caj
pengangkutan untuk ke kuliah, dan juga harga makanan yang agak berbeza
berbanding di dalam kampus. Kegagalan untuk mendapatkan penginapan dalam kolej
kediaman universiti merupakan masalah yang sangat rumit bagi pelajar kerana
melibatkan banyak aspek seperti masalah kewangan, pengangkutan bagi pelajar
yang tidak membawa kenderaan sendiri dan juga daripada aspek keselamatan di
luar kawasan universiti.
Oleh hal yang demikian, pelajar sangat digalakkan
untuk bergiat aktif dalam organisasi desasiswa masing-masing sebagai contoh
menjadi Majlis Penghuni Desasiwa (MPD) yang secara automatik dijanjikan
penginapan untuk sidang-sidang selanjutnya. Namun begitu, pelajar haruslah
bijak membahagikan masa untuk belajar dan juga menjalankan amanah yang
diberikan kerana tugas MPD tidaklah sesenang yang disangkakan dan memerlukan
ketahanan fizikal dan mental untuk merealisasikan amanah dan visi yang dikehendaki
oleh pihak pengurusan desasiswa kerana barisan MPD yang kukuh, mampu
menonjolkan sebuah desasiswa yang berkebolehan dalam pelbagai aspek sebagai
contoh dalam kokurikulum, pengurusan, dan pengendalian kebajikan
pelajar-pelajar.
Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak kelebihan MyCSD yang telah dijanjikan oleh pihak universiti, namun sebagai pelajar USM, saya amat berharap agar
pihak universiti mempertimbangkan mengenai MyCSD yang secara tidak sedar sedikit sebanyak telah
membebankan pelajar universiti. Semoga sebarang penambah baik adalah dijalankan
untuk mengutamakan kebajikan pelajar.
No comments:
Post a Comment