Wednesday 25 May 2016

PENULISAN GENRE BERITA : BAHAYA MAKANAN SEGERA

Bahaya Makanan Segera -- Meningkatkan Jumlah Individu Yang Mengalami Penyakit Diabetis, Obesiti, Kanser Dan Penyakit Jantung Di Malaysia.
Oleh: SYAHRUL NINIE NADHIRAH BT. MOHD BAROYI

Pulau Pinang, 26 Mei 2016. Makanan Segera merupakan makanan yang paling digemari oleh rakyat negara ini serta turut menjadi salah satu punca meningkatnya jumlah penyakit kritikal dalam kalangan penduduk di Malaysia. Mereka terdedah kepada makanan itu yang mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi. Makanan segera turut juga dikategorikan sebagai sampah dan mampu mengancam kesihatan terutama dalam kalangan kanak-kanak. Penyakit-penyakit yang dicetuskan oleh makanan ini adalah kegemukan, diabetes, penyakit jantung dan juga kanser.
Apa itu makanan segera? Menurut laman web Wikipedia.com menyatakan bahawa ianya merujuk kepada makanan segera sebagai makanan yang dimasak terlebih dahulu dalam jumlah yang besar dan cuma perlu dipanaskan semula merangkumi makanan sejuk beku yang memudahkan pembeli untuk makan makanan segera bagi mengatasi kelaparan terutama pada lewat malam  mahupun di awal waktu subuh minggu peperiksaan. Namun, dipercayai bahawa makanan segera mengandungi bahan pengawet yang berbahaya kepada tubuh badan seseorang serta mengundang kepada risiko berlakunya masalah kesihatan kepada penggemar makanan segera.
Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mee segera, minuman bergas, gula-gula, coklat serta burger dan nugget yang dikategorikan sebagai makanan sejuk beku yang tidak digalakkan pengambilannya secara kerap. Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang kebanyakannya berpunca daripada makanan. CAP dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah dan pelajar universiti menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada gejala penyakit kritikal itu sejak di usia muda serta menjejaskan taraf akademik pelajar. Sedangkan pada zaman nenek moyang terdahulu, kebanyakannya mempunyai kesihatan tubuh badan yang lebih sihat di usia muda berbanding dengan anak muda sekarang.
Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Zulkarnain Ahmad Hamidy berkata, pengambilan makanan segera yang berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti yang menjadi punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kegagalan buah pinggang. Katanya, kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat berfaedah terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Tambahan lagi, anak-anak tidak memahami baik buruk makanan segera tetapi tetap memilihnya disebabkan mentaliti yang diterap oleh ibu bapa masing-masing.
Orang ramai, terutamanya golongan ibu bapa dinasihatkan agar mengubah cara menghidangkan makanan segera kepada anak-anak di peringkat sekolah rendah lagi untuk menjamin kesihatan anak-anak kelak. Sudah jelas kajian menunjukkan bahawa makanan segera akan merosakkan kesihatan individu dan lebih kerap pengambilan makanan yang lebih sihat.

No comments:

Post a Comment