Monday 9 October 2017

JELAJAH PENANG (Versi Pelajar)

.
PENANG HILL - PENANG ART STREET - BUKIT JAMBUL - TRANSFER ROAD - PASAR CHOWRASTA- THE TOP KOMTAR - NASI KANDAR DEEN MAJU- CHOC & COFFEE MUSEUM- JETI(PENANG-BUTTERWORTH/BUTTERWORTH-PENANG) - PADANG KOTA LAMA


Penang Hill / Bukit Bendera (ABC Buah RM12)
 *Masih teruja walau dah keberapa kali sampai disini,
tips makan ABC pula, kena makan laju-laju,
nanti cair, tak sedap pula buah-buahan berendam air.


Penang Art Street ( Ais Kepal RM2.50)
*Pelbagai perisa, tiga lapis dan ikut selera sendiri.
Ninie pilih yg perisa Sarsi, Mangga dan Anggur)

Persisiran Padang Kota Lama
*Petang memang 'full house' laa kat sini,
Ramai sangat keluarga beriadah,
dan aktiviti pun banyak untuk semua peringkat umur.


Jeti Penang-Butterworth (Tambang Percuma),
 Butterworth-Penang (RM 1.20)
*Kalau yang nak merasa naik feri, bolehlaa naik
walau untuk saja-saja, ambil angin laut.
murah sahaja, sebab kena bayar
bila dari seberang nk ke pulau sahaja.


Transfer Road 
Roti Canai + Ayam (RM 8)
Roti Bakar + Telur  (RM4)
*Saja merasa roti canai viral, dan satu lagi
kat Gemas Road tak merasa lagi.


Komtar + TOP Komtar 
*Saja jelajah TOP Komtar, bagi yang nak merasa Sky Walk, 
Taman Dinasour ke apa, boleh datang kesini. 
Tapi harga dia boleh tahan mahal juga lah bagi pelajar. hahahahaha. 


DEEN MAJU Nasi Kandar
*Tak merasa, memang rugi. Sedap sangat !

MENGHASILKAN NOTA YANG LEBIH MENARIK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH INFOGRAFI

Ninie guna aplikasi atas talian (online) iaitu PIKTO CHART untuk hasilkan infografi.
Senang digunakan serta memperoleh hasil yang memuaskan.
**NAMUN, kalau data atau wifi kurang laju, 
PIKTO CHART akan tergendala, tersekat dan sebagainya. 
Jadi sangat makan masa, namun hasil TERBAIK !,
yang penting kena sabar. HAHA :)

https://create.piktochart.com 

1.



2.


Wednesday 25 May 2016

PENULISAN GENRE ULASAN : PIALA THOMAS



HMT 216 PENULISAN ILMIAH :

Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi kumpulan berpasukan lelaki. Kejohanan ini berlangsung setiap dua tahun. Musim Kejohanan Piala Thomas ini diberi nama “PIALA THOMAS” bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang mendermakan piala ini pada tahun 1939. Pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. Pertandingan bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber.
Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya. Juara bertahan Piala Thomas sekarang ialah China. Manakala pemegang gelaran terbanyak Piala Thomas sekarang ialah Indonesia.
Kejohanan pertama diadakan di Queen's Hall, Preston, England. Malaysia mempunyai detik-detik ceria serta membanggakan apabila memenangi kejohanan pertama dengan menumpaskan pasukan dari Denmark 8-1 pada perlawanan akhir. Sejak itu Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh pasukan-pasukan dari Asia. Contohnya Indonesia memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali diikuti China (tujuh kali), Malaysia (lima kali), Denmark (satu kali) dan Jepun (satu kali) dengan bantuan jurulatih masing-masing dan semangat tegar yang ditunjukkan oleh setiap pemain.
Bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Mulai tahun 1984 kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber. Rumusannya, pertandingan seumpama ini yang melibatkan negara-negara mampu mengharumkan nama sesebuah negara di persada sukan dunia dan sekali gus menggilap bakat-bakat pemain wakil negara ke peringkat yang lebih tinggi.

PENULISAN GENRE BERITA : BAHAYA MAKANAN SEGERA

Bahaya Makanan Segera -- Meningkatkan Jumlah Individu Yang Mengalami Penyakit Diabetis, Obesiti, Kanser Dan Penyakit Jantung Di Malaysia.
Oleh: SYAHRUL NINIE NADHIRAH BT. MOHD BAROYI

Pulau Pinang, 26 Mei 2016. Makanan Segera merupakan makanan yang paling digemari oleh rakyat negara ini serta turut menjadi salah satu punca meningkatnya jumlah penyakit kritikal dalam kalangan penduduk di Malaysia. Mereka terdedah kepada makanan itu yang mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi. Makanan segera turut juga dikategorikan sebagai sampah dan mampu mengancam kesihatan terutama dalam kalangan kanak-kanak. Penyakit-penyakit yang dicetuskan oleh makanan ini adalah kegemukan, diabetes, penyakit jantung dan juga kanser.
Apa itu makanan segera? Menurut laman web Wikipedia.com menyatakan bahawa ianya merujuk kepada makanan segera sebagai makanan yang dimasak terlebih dahulu dalam jumlah yang besar dan cuma perlu dipanaskan semula merangkumi makanan sejuk beku yang memudahkan pembeli untuk makan makanan segera bagi mengatasi kelaparan terutama pada lewat malam  mahupun di awal waktu subuh minggu peperiksaan. Namun, dipercayai bahawa makanan segera mengandungi bahan pengawet yang berbahaya kepada tubuh badan seseorang serta mengundang kepada risiko berlakunya masalah kesihatan kepada penggemar makanan segera.
Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mee segera, minuman bergas, gula-gula, coklat serta burger dan nugget yang dikategorikan sebagai makanan sejuk beku yang tidak digalakkan pengambilannya secara kerap. Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang kebanyakannya berpunca daripada makanan. CAP dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah dan pelajar universiti menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada gejala penyakit kritikal itu sejak di usia muda serta menjejaskan taraf akademik pelajar. Sedangkan pada zaman nenek moyang terdahulu, kebanyakannya mempunyai kesihatan tubuh badan yang lebih sihat di usia muda berbanding dengan anak muda sekarang.
Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Zulkarnain Ahmad Hamidy berkata, pengambilan makanan segera yang berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti yang menjadi punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kegagalan buah pinggang. Katanya, kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat berfaedah terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Tambahan lagi, anak-anak tidak memahami baik buruk makanan segera tetapi tetap memilihnya disebabkan mentaliti yang diterap oleh ibu bapa masing-masing.
Orang ramai, terutamanya golongan ibu bapa dinasihatkan agar mengubah cara menghidangkan makanan segera kepada anak-anak di peringkat sekolah rendah lagi untuk menjamin kesihatan anak-anak kelak. Sudah jelas kajian menunjukkan bahawa makanan segera akan merosakkan kesihatan individu dan lebih kerap pengambilan makanan yang lebih sihat.

Friday 20 May 2016

ULASAN SOSIAL : MATA MYCSD USM


PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN
SIDANG AKADEMIK 2015 / 2016
TAHUN 2 / SEMESTER 4


HMT 216:
PENULISAN ILMIAH


SKOP:
ULASAN SOSIAL

MEMPERIHALKAN MENGENAI
KEPENTINGAN “MYCSD” SERTA BEBERAPA
KEKANGAN UNTUK MENINGKATKAN
MATA MYCSD DALAM KALANGAN MAHASISWA/I UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)


DISEDIAKAN OLEH:
SYAHRUL NINIE NADHIRAH BT MOHD BAROYI



DISEDIAKAN UNTUK:
DR. ANISWAL ABD GHANI

PENULISAN ILMIAH : PERANAN MAKANAN KAUM INDIA MUSLIM DI “SUBAIDAH BISTRO” USM PULAU PINANG"


PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN
SIDANG AKADEMIK 2015/2016
TAHUN 2 / SEMESTER 4



HMT 216:
PENULISAN ILMIAH


PERANAN MAKANAN KAUM INDIA MUSLIM DI “SUBAIDAH BISTRO” USM PULAU PINANG TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT YANG MENJAMIN WUJUDNYA PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA.


DISEDIAKAN OLEH:
SYAHRUL NINIE NADHIRAH BT MOHD BAROYI / 123543



DISEDIAKAN UNTUK:
DR. ANISWAL ABD GHANI

Thursday 19 May 2016