Wednesday, 11 May 2016

STEVE JOBS' 2005 (DISUNTING OLEH DR. ANISWAL, 2016:USM)



STEVE JOB

(Isi kandungan ucapan daripada Steve Job di Standford University pada 12 Jun 2005)

(CEO of Apple Computer, and of Pixar Animation Studies)

Pada pembukaan penulisan saya ?, adalah diperincikan bahawa penulisan ini adalah ditujukan kepada semua pelajar universiti dan saya juga adalah merupakan pelajar universiti tahun ke-2 di USM Pulau Pinang. Berbalik kepada tujuan utama penulisan adalah berkisarkan tentang isi kandungan ucapan yang telah disampaikan oleh Steve Job di Standford University. Tetiba terlintas sejenak dengan pepatah ini iaitu “Tak Kenal Maka Tak Cinta”, samalah dengan penulisan yang ditulis ini, jikalau anda tidak membacanya, manakan anda akan tertarik mengenai penulisan saya.
[Adakah baahagian pertama sebahagian daripada penulisan, atau bahan iringan untuk saya memahami penulisan anda?]
Steve Job menekankan prinsip “You’ve got to find what you love”. Apa yang saya dapat rumuskan di sini adalah  Steve Job berpendapat bahawa kita terutama sebagai pelajar universiti dan bakal graduan, serta seseorang yang bakal menempuhi alam pekerjaan haruslah mencari apa yang sebenarnya diri kita sendiri minat tanpa paksaan dan desakan orang lain. Hal ini kerana, apabila kita bersungguh-sungguh terhadap apa yang kita suka buat, termasuklah minat, hobi dan sebagainya, kita akan lebih bersemangat untuk lakukan meskipun akan gagal untuk beberapa kali untuk capai tingkat paling atas dalam kejayaan dalam hidup kita. Serba sedikit mengenai ucapan Steve Job adalah beliau mengisahkan tentang kehidupan beliau yang bermula daripada bawah dan telah mencipta jenama Apple pada usia 20 tahun. Tambahan lagi, dalam masa 10 tahun, beliau dan rakannya iaitu Mac telah berjaya menubuhkan 2 billion syarikat [jumlah syarikat 2 billion atau nilai syarikat 2 billion] dan 4000 pekerja yang bekerja dibawah syarikat Apple. Namun betullah kata pepatah, “Kita Tidak Semestinya Selalu Di Atas”, yang diceritakan dalam ucapan beliau [seperti yang diceritakan oleh beliau,] pada usia mencecah 30 tahun, beliau telah dipecat daripada syarikat yang beliau ciptakan sendiri.
Dari situlah, bermula perjalanan hidup Steve Job iaitu daripada seseorang yang bekerjaya menjadi seorang penganggur untuk beberapa tahun ditambah dengan kekusutan yang sering melanda akibat pemecatan beliau daripada syarikat Apple, tetapi nasib menyebelahi Steve Job kembali untuk 5 tahun berikutnya kerana beliau berusaha untuk bangkit kembali daripada kegagalan dengan memulakan syarikat beliau sendiri iaitu NeXT dan juga Pixar malah dipertemukan dengan seorang wanita yang merupakan isterinya kini. [Ayat terlalu panjang. Pembaca akan hilang tumpuan. Ayat panjang tidak menarik.]   Rezeki memihak lagi kepada beliau apabila pada suatu ketika, Syarikat Apple telah membeli NeXT dan secara tidak langsung Steve Job kembali bekerja dengan Syarikat Apple. Beliau mendapatkan kembali apa yang beliau usahakan dahulu malah sekarang lebih maju disebabkan Apple bergabung dengan NeXT dan beliau turut mempunyai “Pixar Animation Studios”.
Kisah beliau ini dapat disimpulkan iaitu setiap yang berlaku adalah bersebab dan sememangnya selepas kegagalan pertama kita tidak boleh berputus asa malah kita sewajarnya menjadi lebih kuat lagi untuk menghadapi cabaran hidup dan dengan izin-NYA kita bakal memperoleh lebih daripada apa yang kita usahakan. Sebagai pelajar, jika nilai CGPA itulah yang menjadi kayu ukur bagi setiap pelajar, dan setiap pelajar dibanding-bandingkan antara satu sama lain sama ada memperoleh CGPA tinggi atau rendah, maka kita seharusnya berusaha untuk meningkatkan CGPA kita dengan cara apa sekalipun mengikut situasi dan kaedah yang betul sebagai contoh mencari tahu apa kelemahan kita. Di alam pekerjaan pula, adalah tidak wajar sesorang diukur melalui pendapatan gaji yang diperoleh, tetapi pendanglah daripada sudut kepelbagaian kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dan sudah semestinya tidak semua orang mempunyai kebolehan dan kepakaran yang sama dan kebolehan tersebut yang membezakan kita dengan orang lain. Seperti yang diungkapkan oleh Steve Job, “You’ve got to find what you love” dengan kata lain kita sendiri harus mencari apa kelebihan yang kita ada dan apa yang kita minat supaya hasil kerja yang kita lakukan adalah yang terbaik.

Ulasan: BAGUS ada hubungan dengan pembaca.
            Dr. Aniswal (Pensyarah USM)

No comments:

Post a Comment