Wednesday, 11 May 2016

STEVE JOB (Apple) & JK ROWLING (Harry Potter)


























PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN
SIDANG AKADEMIK 2015 / 2016
TAHUN 2 / SEMESTER 4


HMT 216:
PENULISAN ILMIAH


SKOP:
MEMBERI KESIMPULAN
MENGENAI UCAPAN DARIPADA
STEVE JOB & J.K ROWLING




DISEDIAKAN OLEH:
SYAHRUL NINIE NADHIRAH BT MOHD BAROYI




DISEDIAKAN UNTUK:
DR. ANISWAL ABD GHANI

STEVE JOBS' 2005 STANFORD COMMENCEMENT ADDRESS 


"STEVE JOB"
(Isi kandungan ucapan daripada Steve Job di Standford University pada 12 Jun 2005)

(CEO of Apple Computer, and of Pixar Animation Studies)
https://www.youtube.com/watch?v=UF8uR6Z6KLc 


Pada pembukaan penulisan saya, adalah diperincikan bahawa penulisan ini adalah ditujukan kepada semua pelajar universiti dan saya juga adalah merupakan pelajar universiti tahun ke-2 di USM Pulau Pinang. Berbalik kepada tujuan utama penulisan adalah berkisarkan tentang isi kandungan ucapan yang telah disampaikan oleh Steve Job di Standford University. Tetiba terlintas sejenak dengan pepatah ini iaitu “Tak Kenal Maka Tak Cinta”, samalah dengan penulisan yang ditulis ini, jikalau anda tidak membacanya, manakan anda akan tertarik mengenai penulisan saya.

Steve Job menekankan prinsip “You’ve got to find what you love”. Apa yang saya dapat rumuskan di sini adalah  Steve Job berpendapat bahawa kita terutama sebagai pelajar universiti dan bakal graduan, serta seseorang yang bakal menempuhi alam pekerjaan haruslah mencari apa yang sebenarnya diri kita sendiri minat tanpa paksaan dan desakan orang lain. Hal ini kerana, apabila kita bersungguh-sungguh terhadap apa yang kita suka buat, termasuklah minat, hobi dan sebagainya, kita akan lebih bersemangat untuk lakukan meskipun akan gagal untuk beberapa kali untuk capai tingkat paling atas dalam kejayaan dalam hidup kita. Serba sedikit mengenai ucapan Steve Job adalah beliau mengisahkan tentang kehidupan beliau yang bermula daripada bawah dan telah mencipta jenama Apple pada usia 20 tahun. Tambahan lagi, dalam masa 10 tahun, beliau dan rakannya iaitu Mac telah berjaya menubuhkan syarikat yang bernilai 2 billion serta mempunyai 4000 pekerja yang bekerja dibawah syarikat Apple. Namun betullah kata pepatah, “Kita Tidak Semestinya Selalu Di Atas”, yang diceritakan dalam ucapan beliau pada usia mencecah 30 tahun, beliau telah dipecat daripada syarikat yang beliau ciptakan sendiri.
Dari situlah, bermula perjalanan hidup Steve Job iaitu daripada seseorang yang bekerjaya menjadi seorang penganggur untuk beberapa tahun ditambah dengan kekusutan yang sering melanda akibat pemecatan beliau daripada syarikat Apple, tetapi nasib menyebelahi Steve Job kembali untuk 5 tahun berikutnya kerana beliau berusaha untuk bangkit kembali daripada kegagalan dengan memulakan syarikat beliau sendiri iaitu NeXT dan juga Pixar malah dipertemukan dengan seorang wanita yang merupakan isterinya kini. Rezeki memihak lagi kepada beliau apabila pada suatu ketika, Syarikat Apple telah membeli NeXT dan secara tidak langsung Steve Job kembali bekerja dengan Syarikat Apple. Beliau mendapatkan kembali apa yang beliau usahakan dahulu malah sekarang lebih maju disebabkan Apple bergabung dengan NeXT dan beliau turut mempunyai “Pixar Animation Studios”.
Kisah beliau ini dapat disimpulkan iaitu setiap yang berlaku adalah bersebab dan sememangnya selepas kegagalan pertama kita tidak boleh berputus asa malah kita sewajarnya menjadi lebih kuat lagi untuk menghadapi cabaran hidup dan dengan izin-NYA kita bakal memperoleh lebih daripada apa yang kita usahakan. Sebagai pelajar, jika nilai CGPA itulah yang menjadi kayu ukur bagi setiap pelajar, dan setiap pelajar dibanding-bandingkan antara satu sama lain sama ada memperoleh CGPA tinggi atau rendah, maka kita seharusnya berusaha untuk meningkatkan CGPA kita dengan cara apa sekalipun mengikut situasi dan kaedah yang betul sebagai contoh mencari tahu apa kelemahan kita. Di alam pekerjaan pula, adalah tidak wajar sesorang diukur melalui pendapatan gaji yang diperoleh, tetapi pendanglah daripada sudut kepelbagaian kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dan sudah semestinya tidak semua orang mempunyai kebolehan dan kepakaran yang sama dan kebolehan tersebut yang membezakan kita dengan orang lain. Seperti yang diungkapkan oleh Steve Job, “You’ve got to find what you love” dengan kata lain kita sendiri harus mencari apa kelebihan yang kita ada dan apa yang kita minat supaya hasil kerja yang kita lakukan adalah yang terbaik.



Video Asal diakses daripada YouTube,
 https://www.youtube.com/watch?v=UF8uR6Z6KLc




JK ROWLING HARVARD COMMENCEMENT SPEECH

 J.K ROWLING
(Isi Kandungan Ucapan di Harvard Universiti pada 5 Jun 2008)

 

J.K Rowling menekankan konsep 'The Fringe Benefits of Failure, and the Importance of Imagination' yang membawa maksud ‘Faedah Sampingan Kegagalan dan Kepentingan Imaginasi’. Beliau menekankan konsep tersebut kepada para graduan Harvard Universiti kerana latar belakang beliau dahulunya juga adalah sangat susah untuk berdiri seteguhnya seumpama apa yang beliau mampu lakukan sekarang. Beliau sangat berbesar hati kepada pihak universiti kerana menjemput beliau untuk memberikan ucapan serta situasi beliau ini digambarkan seumpama ini merupakan perjumpaan terbesar Gryffindor (nama kumpulan dalam Harry Potter) yang terbesar di dunia. Walaupun beliau merupakan jutawan dan penulis novel yang paling berjaya, sikap rendah diri masih kuat tersemai dalam diri beliau. J.K Rowling mengisahkan kehidupan beliau sebelum berjaya menghasilkan novel Harry Potter, dan beliau sangat yakin bahawa perkara yang beliau paling ingin dilakukan adalah menulis novel.
 Beliau berasal daripada keluarga yang miskin dan ibu bapa beliau juga bukanlah berasal daripada kalangan orang yang berpelajaran tinggi dan semestinya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing. Ibu bapa beliau berharap agar beliau mengambil Modern Languages sedangkan beliau ingin belajar English Literature dan beliau lupa memberitahu ibu bapanya bahawa beliau pelajar Classics sehinggalah diketahui apabila bergraduasi. Namun J.K Rowling tidak menyalahkan ibu bapa beliau kerana pandangan mereka. Beliau ingin mengubah status hidup beliau dan berjaya lari daripada kemiskinan yang turut melibatkan rasa takut, tekanan, dan kadang-kadang berlaku kemurungan. Bagi beliau, ianya bermakna seribu penghinaan kecil dan juga kesusahan dalam kehidupan beliau sekeluarga. Malah beliau juga turut mengalami masalah kehidupan yang sangat rumit seperti kehilangan tempat tinggal, tidak mempunyai kerja serta perkahwinan yang tidak berjaya. Namun, beliau mempunyai seorang anak perempuan serta sebuah mesin taip lama dan idea/imaginasi yang sangat tinggi dan melalui semangat baru itulah, beliau membina kembali kehidupan baharu dan munculah sebuah novel yang sangat berjaya iaitu “HARRY POTTER” yang mendapat tumpuan seluruh dunia serta memberikan pulangan yang banyak yang sekaligus mengubah taraf hidup J.K Rowling sekeluarga.
Beliau turut berpesan kepada para graduan untuk memilih rakan-rakan yang baik, kawan yang jatuh bangunnya adalah bersama-sama dan turut ditekankan bahawa setiap individu haruslah menjadi diri sendiri, lakukan apa yang kita mampu lakukan seperti minat yang harus diperkembangkan, serta haruslah berusaha untuk kekal berjaya dalam apa jua bidang yang kita yakin dan percaya boleh.



Video Asal diakses daripada YouTube,






No comments:

Post a Comment